Sunday, February 13, 2011

14 Feb 2011

 salam... maulidur Rasul.

hari ni 14 feb.. 
emm..hari kekasih la konon nya.. sepanjang aku dengan nya. xpernah nak sambut hari kekasih..HARAM katanya..mmg haram pon..kita kan umat islam, umat nabi Muhammad.. tak spatutnya kita sambut hari kekasih ini.. Hari kekasih ini mempunyai cerita n sejarah nya yang tersendiri...emm..malas la nak pikir pasal hari kekasih nie..wat pening kepala jer...

baik aku citer pasal Maulud Nabi.. hati n jiwa akan menjadi tenang..
kenapa yea setiap kali aku selawat..mesti aku kan rasa sayu je hati n kadang2 tu menangis..padahal aku xkenal siapa Muhammad. Aku tak tahu kenapa aku jadi sedih dan sebak... mungkin aku rindu nak tengok nabi Muhammad..rindu nak kenal orang yang sangat-sangat mulia di sisi ALLAH SWT.. 
banyak persoalan yang timbul kepala ku ini...?????

jom kita pakat-pakat kenal nabi Muhammad SAW..

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم‎) adalah

pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M) . Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. 

seterusnya baca.... di sini

aku rindukan zaman sekolah dulu..kalau dalam bulan-bulan maulud nabi nie..mesti akan diadakan perarakan Maulud Nabi.. jalan kaki ramai-ramai pusing kampung sambil berselawat ke atas nabi.. bestnya Time dulu..sekarang nie dah xdapat merasa dah...:(

dibulan RabiulAwal ni.. mari la sama-sama kita perbanyakkan selawat ke Atas Nabi Muhammad SAW... (bulan lain pon kena selawat jgak..)
untuk menandakan yang kita ingat dekat Nabi SAW.. dan diakhirat kelak..pasti Nabi SAW akan mengenali kita sebagai umat nya...insyaallah...






 




Friday, January 21, 2011

mr M....

   mood  
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
rinduuuuuuuuuu...

Thursday, January 6, 2011

~2011~

2010 sudah melabuhkan tirainya...
ohh..sudah 2011...
umurku juga sudah meningkat...
aku harap 2011 lebih baik daripada 2010...
dapat jadi anak yang lebih baik dan dapat membahagiakan kedua ibubapa dan keluarga yang amat aku sayangi...
aku harap 2011,hubungan aku dengan si-Dia lebih baik dan lebih bermakna..
aku juga mengharapkan rezeki aku akan lebih baik.. n blaabllabla..(banyak lagi la)..

pada 2011 ini, aku akan ditinggalkan oleh si-Dia tuk sementara waktu..diatas sebab-sebab yang tidak dapat kami elak..
aku akan sentiasa merinduinya...

pada 2011 ini juga merupakan sem terakhir tuk aku berada di UPM...
rasanya baru je masuk UPM..kenangan mula-mula daftar masih terpahat diingatan ku...
rasa macam sedih lak nak meninggalkan UPM... nak tinggalkan time2 stdy...
yang pasti aku xkan lupakan semua sahabat ku yang berada di UPM.. dayah(org pertama yang aku kenal diUPM- dia banyak membantu aku..tq yea..sayang kamu..), hani, sya, ira, ilya, nana,nad, n semua budak-budak software engineering... n semua budak-budak FSKTM yang mengenaliku..:)







Monday, November 15, 2010

Broga Hill...

Akhirnya sampai juga aku ke Broga Hill..

sori dayah,nana,ilya,n ira.. na g dulu..lain x kita g sama2 ek..:)


cakk....

sangat indah...

nyamannn..

tenang...

kami..:)










sangat canteqq..

Wednesday, November 3, 2010

31 October 2010

 ke The Mines bersama abg zuan,kak gee, ayeh, along bihah n dik yah..



di sebabkan kelantan menang., abg zuan belanja.


 


tq abg zuan.:)

abg zuan berkata :kalau kelantan kalah pon abg zuan belanja jgak kenny rogers nie..

lepas makan2, jalan-jalan n terserempak dengan org tengah buat persembahan hantu..huhu..
kami pon layannnn la jugak show 2 sampai habis..

Monday, November 1, 2010

30 october 2010

Perlawanan bola sepak antara KELANTAN vs NEGERI 9

rasanya tidak terlambat lagi untuk saya bercerita tentang tarikh 30 oct 2010..
30 oct 2010 sangat2 bermakna bagi semua rakyat kelantan..Termasuk saya sekali:) KAMI BANGGA MENJADI RAKYAT KELANTAN.. bukan kerana PIala Malaysia sahaja..tapi dari semua segi... i Luv KELANTAN.. biala apa org nak cakap pasal kelantan..saYa tetap sayangkan KeLANTAN.....

30 oct 2010 adalah hari sabtu.. pagi sabtu saya balik ke rumah kakak saya (semenyih) menaiki komuter n sampai komuter kajang, my sis(kak la) datang amik..sampai kat umah rehat2 la.. ptgnya mysis (kak ge) pulang dr tempat kerja..dia cakap dia dah berdebar2 nak tengok perlawanan kelantan vs N9.. mysis terus mengajak mySis g jalan2 tengok budak2 kelantan... pada jam tepat pukul 5.30 ptg kami semua bertolak ke Bukit Jalil..bukannya nak tengok Bola..tapi nak tengok org..khukhukhu....

semasa dalam perjalanan 2..ada la sebuah kereta kancil yang membawa bendera N9.. so abg ipar saya bukak cermin..dan menjerit..HOBIN JANG HOBIN..HOBIN JANG HOBIN.. geng2 dalam kereta 2 semua nya senyum n mengangkat tngan kat kami semua.. yang kelakarnya..semua yang dalam kereta kancil 2..semua yang xde gigi kat depan..apa lagi..kami gelak besar la dalam kereta..khahhhaha.. memang semangat mereka semua..
sampai je kat area Bukit Jalil 2..memang jem la...xleh nak cerita.tapi yang nampaknya hanya merah..kuning xtau hilang ke mana...
gambar ni semua dari tepi highway jela saya ambik..:)












nie dekat putrajaya..ada larian apa tah.. bukannya penyokong N9..hehehe

angan-angan: suatu hari nanti.saya nak g tngok jgak perlawanan bola sepak dalam stadium..mysis cakap BEST....:)

 sebelum pulang kami singgah dekat pasar malam semenyih dulu..membeli makanan malam..mysis cakap dah xnak masak..nak tengok bola..hikhikhi(memang semangat)
tibanya malam 2..kami sembahyang n selepas 2..makan2 n mngadap tV.. tngok channel aRENA..memang rasa Bangga la..cz ramai yang datang bg support kat pasukkan kelantan..rasanya kat kg mesti xde org..anak saudara saya cakap..kalu siam g serang kelantan abih la..cz takde org laki kat kampung..semua datang tngok bolaa..ok..sekarang nie dah tak sabar nak tngok nie..menunggu pukul 8.45.. tepat pukul 8.45 saya ke rumah kak ge..tengok bersama abg zuan n kak gee n ank2 saudara.. huuuuuu..rasa mcam nak luruh jantung.. abg zuan dia penyokong N9..padahal dia org Selangor..habis-habisan dia cakap kat kitaorg.. KELANTAN tak kan MENANG. n dia ckap kalu kelantan kalah, kena buat rojak buah.. n saya cakap kat abg zuan..no hal. n kalu N9 kalah kena belanja Kenny ROGERS,,

saya n kak gee dah risau dah nie..rasa berdebar2..kami menjerit2 masa bola nak masuk gol..tapi xmasuk2 jgak..aduh la..mmg rasa sakit ati lak tengok..abg zuan asyik tergelakkan kitaorng jer..emm..makin bertambah risau nie..aaaaaaaarggggggggggghhhhhhhhhhh..kami menjerit..lagi la abg zuan gelak2 besar... masa 2 N9 dah mendapat GOL pertama..kami memang kerisauan..abg zuan asyik duk buli kitaorg jer..rasa macam nak nangis kerana gol xmasuk2 jgak.abg zuan ckap..saya n kak gee..dah cam org xbetul dah..khahha...separuh masa pertama sudah berlalu..abg zuan cakap.. 2baru separuh masa pertama..nanti separuh masa ke-2 sedap la cikit diorng main ..hehe rasa lega cikit..

ok..sekarang tiba separuh masa ke-2...saya n kak gee ke rumah kak laaa pulak..
sebelum perlawanan bermula.. abg zahar (org n9) pasang lagu HOBIN JANG HOBIN..kami pon nyanyi la sama2..khahha.sambil tergelak2.. perlawanan dah bermula.. debaran kami, mula terasa kembali..kami semua FOKUS..sambil menjerit2... GOLLLLLLLLLLLLLLLLL...akhirnya 1 gol diperolehi oleh kelantan.menjerit2 kami..rasanya satu taman 2 mendengar jeritan kami Anak- anak kelantan..hehhe...masa 2 abg zahar dah terdiam..cian abg zahar..sebabnya xde geng..khihih..abg zuan dah keluar dah..dia ada kerja..tinggal abg zahar sorng penyokong N9..khihi....kami FOKUS lagi..n GGGGGGGGGOOOOOLLLLLLLLLLLLL...kali nie lagi la bising..kami siap2 tepuk tngan lagi..khahhha rasa hilang semua tension yang terbuku kat hati nie... alhamdullillah dah rasa tenang dah cikit..debaran semakin berkurang,...abg zahar makin senyap..hehhe cian abg zahar..HOBIN JANG HOBIN..:) ok.. dah..akhirnya juara milik KELANTAN..alhamdullillah...:)


tahniah n syabas kepada semua pemain.. n tq kerana sudi buat yang terbaik unTuk KELANTAN..


yeah nanti dapat makan kenny Rogers..yahooooooooo...

Friday, October 29, 2010

udang masak cili api..

emm..lambatnya nak tunggu hari minggu..

majalah DARA..aku dah dekat 10 kali dah tngok..terutamanya bahagian Air Tangan..
apa yang menarik perhatian pada ruangan air tangan ini adalah Udang Masak Cili  Api...
nanti nak balik masak kat rumah akak aku...Cepatla datang hari minggu.....:)

cara-cara untuk memasak udang masak cili api adalah:

bahan2nya..
500gm udang (sederhana besar)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2sm kunyit hidup
2sm halia
15 biji cili padi
½ biji kelapa (ambil santan)
1 batang serai (dititik)
asam keping (1 keping)
daun kesum
garam
serbuk perasa


Cara:
1. Bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, cili padi dimesin.
2. Masukkan perahan santan ke dalam periuk bersama-sama bahan yang dimesin.
3. Kacau sehingga menggelegak di atas api yang sederhana.
4. Masukkan serai, asam keping dan udang.
5. Tambah serbuk perasa dan garam secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan daun kesum dan biarkan sedikit layu dan bolehlah dihidangkan.


senang je kan nak masak udang masak cili api:)