Sunday, February 13, 2011

14 Feb 2011

 salam... maulidur Rasul.

hari ni 14 feb.. 
emm..hari kekasih la konon nya.. sepanjang aku dengan nya. xpernah nak sambut hari kekasih..HARAM katanya..mmg haram pon..kita kan umat islam, umat nabi Muhammad.. tak spatutnya kita sambut hari kekasih ini.. Hari kekasih ini mempunyai cerita n sejarah nya yang tersendiri...emm..malas la nak pikir pasal hari kekasih nie..wat pening kepala jer...

baik aku citer pasal Maulud Nabi.. hati n jiwa akan menjadi tenang..
kenapa yea setiap kali aku selawat..mesti aku kan rasa sayu je hati n kadang2 tu menangis..padahal aku xkenal siapa Muhammad. Aku tak tahu kenapa aku jadi sedih dan sebak... mungkin aku rindu nak tengok nabi Muhammad..rindu nak kenal orang yang sangat-sangat mulia di sisi ALLAH SWT.. 
banyak persoalan yang timbul kepala ku ini...?????

jom kita pakat-pakat kenal nabi Muhammad SAW..

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم‎) adalah

pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M) . Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. 

seterusnya baca.... di sini

aku rindukan zaman sekolah dulu..kalau dalam bulan-bulan maulud nabi nie..mesti akan diadakan perarakan Maulud Nabi.. jalan kaki ramai-ramai pusing kampung sambil berselawat ke atas nabi.. bestnya Time dulu..sekarang nie dah xdapat merasa dah...:(

dibulan RabiulAwal ni.. mari la sama-sama kita perbanyakkan selawat ke Atas Nabi Muhammad SAW... (bulan lain pon kena selawat jgak..)
untuk menandakan yang kita ingat dekat Nabi SAW.. dan diakhirat kelak..pasti Nabi SAW akan mengenali kita sebagai umat nya...insyaallah...